Monday, May 7, 2012

Mummy dah tak sabar ni :)

Anak mummy dah 36 weeks 5 days which is lg 2 days cukup 37 weeks... Syukur sgt2, coz anak mummy berjaya bertahan dalam perut mummy sampai ke hari ni..Tuhan jer tahu betapa mummy and babah rasa sgt risau bila doc ckp anak mummy berkemungkinan besar akan lahir awal around 30-32 weeks... Dan akhirnya Allah s.w.t makbulkan doa mummy.. Syukur Ya Allah.. Now, aku rasa sgt tidak sabar utk menunggu kelahiran si kecil..Si kecil yang akan mewarnai hidup mummy and babah. So, lepas ni bila hubby aku busy keje sabtu ahad, at least aku ade si kecil yg setia menemani aku.. Aku dah bersedia dari segi fizikal and mentaliti utk menyambut kehadiran anak aku. Hanya 1 doaku, Ya Allah..Kau permudahkan lah segala urusan ku semasa aku melahirkan anak ku ini nanti..InsyaAllah..

Wednesday, April 11, 2012

BONUS

Title tu je dah melambangkan betapa semua yg bekerja tak sabar-sabar menunggu duit bonus masuk..
Dah macam adat pulak kt company aku ni, bila musim bonus dah nak sampai tu, selalu nya awal sebulan dua macam tu, mcm-mcm rumours yang kitaorg akan dengar, dapat...tapi...pehh, 99% pasti tak betul..nama pun rumours kan..
Untuk rumours hari ini ialah....duit bonus masuk dulu, kemudian baru dapat surat..dan..kawan-kawan aku pun ada yang dah 2,3 kali check acc bank masing2..seperti biasa, semuanya menghampakan..
dan bagi aku pulak...rumours ni buat aku sakit pinggang, sakit perut...sebab apa korang taw...sebab aku stress sangat asyik memikirkan bila lah nak masuk duit ni..byk ke sikit tahun ni...bla..bla...
Orang yang tak stress, yang tak berdebar-debar, yang tak dok tanya bonus dah masuk belum, yang tak check acc bank 2,3 kali adalah orang yang tak dapat bonus thn ni..(insyaAllah thn depan diorg dapat bonus) Mereka sangat senang hati...takde pun pening2 kepala macam...aku!

Wednesday, March 28, 2012

I am mother to be!

Yeahh, my blog dah berhabuk..bukan setakat berhabuk, bersawang lagi ni..
Actually aku dah berfikir-fikir nak delete blog ni..kerana penyakit malas aku dah sampai tahap kronik nih..tapi tetiba jer hari ni nk update blog setelah sekian lama...
Well, sepanjang aku tidak menulis, aku telah dijangkiti simptom-simptom seperti perut kembung, loya, muntah pagi petang siang malam, malas yang teramat, badan lemah, suhu badan meningkat, rasa nak demam tapi tak demam..
So satu pagi tu, aku decide utk buat pregnancy test (cehh, dah beli siap2 pregnancy test tuu) setelah sehari lambat dtg period. Tak menyabar kan?? :)
Dengan izin Allah s.w.t, Dia telah memakbulkan doa aku dan suami, dan kini zuriat suami ku berada di dalam perut ku selama 31 minggu.. :)
Yang lebih membuatkan seseorang bakal ibu itu lebih happy dan excited, bila setiap hari si kecil bergerak, menendang dlm perut.. yang lagi best, bila aku berbual dengan baby, dia mesti bagi respons tak kiralah menendang ke, menyiku ke, bergerak ke.. Tp kalau babah dia nak menyembang, dia buat dunnooo jer...kesian babah nak..nanti babah yang kena berjaga mlm tukar lampin diaa....hehe..
Until today, berat badan ku telah naik sebanyak 12 kg..hebat kan?? boleh imagine sebulat mana aku sekarang? yeahh, kenalah aku struggle masa berpantang nanti...
i got another 5-6 weeks lagi before deliver (estimate deliver awal ; as per doc advise air aku banyak menyebabkan rahim aku mengembang). takpelahh, asalkan anak aku cukup berat, sihat masa aku melahirkan dia nanti...Mummy selalu mendoakan yang terbaik untuk anak mummy...
Buat masa sekarang, aku just menjalankan aktiviti harian aku seperti biasa (kerja, mkn tido, etc)..sampai time deliver nanti, aku cutilahhh..yeayy

Friday, September 9, 2011

Raya

Dah raya okay...dah raya!yeayy, selamat hari raya aidilfitri...! :)
Raya ni, semua di buat serba sederhana..
shopping berpada-pada..baju kurung raya, kasut raya, baju jalan2, kuih raya,sempat lah dibeli..
husband...beli seluar raya je...lagi berpada...
raya ni, saya tak makan ketupat, nasi impit, lemang, ketupat palas, kuah kacang, rendang...orang kata..jaga makannn..
tapi saya makan kuih raya, kerepek raya, sambal jawa raya, satay raya, nasi lemak raya, nasi goreng raya, nasi beriyani raya, laksa raya, nasi ayam berempah raya...ini dipanggil jaga makan jugak ker???
eleh, yang tak makan tu sebenarnya mengade...'tak suka lah', 'maaf lah saya tak makan yang ni', 'saya just makan yang ni jer'..haa...mengade kan...
so...konon nya 'raya ni mesti aku boleh turun berat badan....' haa mmg mimpi lah..dan sekarang ni, bercinta gila nk kne diet and pegi gym balik...nasib lah badann....

Friday, August 26, 2011

Dah nak cuti raya. yeayy..
Last day at office, otak langsung tak bergerak. asyik pikir nak pakai bj raya baru, kasut raya baru, tangkap gamba byk2..lagi2, thn ni aku ade byk tempat nak pergi dan ziarah..Sebelum raya balik seremban, raya pertama, blk pahang sekejap then tros blk johor sampai raya kedua. raya ketiga blk taiping, then raya keempat pergi sg. petani..wahh, byk duit aku melabur bulan ni...peningg..

Hope raya thn ni meriah dr sebelum2 nya lagi2 dikelilingi orang yang tersayang..suami,ibu, bapak, nenek, atuk, mak, apa, opah..saudara mara..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin :)

Tuesday, July 26, 2011

Hey, Si Handsome!



Its almost 1810, and im still stuck in the office...and blogging!definitely..

Kesian, kat rumah tak boleh blogging, sebab utama laptop VAIO belum lagi mampu beli...:(

Selain melayan makan dan kehendak husband, aktiviti utama di rumah selepas pulang dari office adalah menonton televisyen!


Nak, nak Tuesday night yang penuh dengan cerita best, pegang remote control tak lepas, berebut channel dengan husband, at the end husband mengalah, terpaksa tengok ulangan bola..nasib bola ada ulangan...pheww..itu kalau ada bola lah :)


Why i am very excited with Tuesday night? This is because, i get to watch my very handsome, good looking, charming, ganas, buat hati makk cairr nokk...!(husband tetap utama).


Hey, rugi lah kalau anda tak menggilai dia, tapi untung lah saya kalau anda tidak menggilai dia kira dia kepunyaan saya seorang ( dah start tamak aku nih). Well..well...the guy that i am talking about is Ian Somerhalder a.k.a Damon Salvatore, watak dalam The Vampire diaries!


Damn it! i love him very much eventhough Elena tak suka dia ( coz shes falling in love with Stefan Salvatore).


I dont realized since when cerita-cerita vampire ini menjadi kegilaan aku..Until 1 night (its happened last week ) my husband asked me bila dia sedar, terperasan wife dia tengok tv dengan memegang erat remote control, mulut ternganga, mata tak berkedip, muka penuh perasan...'ma memang suka kan tengok cerita vampire? twilight pun ma suka giler, angel pun ma follow..'


Ha'ah la..aku pun baru tersedar aku minat giler kt vampire movie/story. Membalas pertanyaan husband ku, aku just mampu sengih tanda aku admit dgn soalan merangkap statement husband aku tu.


Well, i dont know why?? maybe the actor is good looking and charming? Plus vampire ni romantic sangat dengan perempuan yang dia tangkap cintan..aww..aww..i suka adegan romantic vampire tawww....^_^


But....with Damon Salvatore, i am 100% sure, i am falling in love with him because of his look! Sebab watak dia dalam cerita tu bukan baik sangat pun. naughty2 gitu...That is another reason why i like him the most. pheww...


Okay lah, tak nak cerita, puji-puji melambung lagi, just turn on to channel 8TV tonight and jom layan this 22-episode season 2 at 2130 pm.


Huh, tak boleh nak upload gambar Damon sebab pc office ni macam haram (tak reti bersyukur, awak tu dah lah takde laptop!)















Sunday, July 24, 2011

Diary dearest,

Should i put an introduction to my new diary? erm. hokay...we put a litle bit lah k. I am married lady, just 2 months aged dan masih byk yg perlu aku belajar to be a good wife sbb aku tidak sempurna seperti org lain. i think im more. i admit that.

Diary...be good to me because u gonna be my bestfriend ever, listening to the whole story of mine. be loyal to me. :)

Bila bercakap mengenai kesempurnaan, i am malay, my religion is Islam, tetapi seorang Islam yang sangat tidak sempurna. I am not wearing scarf or 'tudung'. Itu silap aku. kehendak pun dtg daripada aku.

Masa kecik dulu, aku rasa time tu umur aku 6 atau 7 tahun if tak silap, setiap pagi bangun subuh, selepas solat subuh, aku mengaji kemudian baru bersiap pergi ke sekolah. Bila weekend, time mengaji aku lebih lama, kadang2 tu boleh habiskan 1 juzuk. Now, bila dah besar, bergaul dgn macam2 jenis orang, cara hidup aku sikit2 berubah. Kadang2 tu solat subuh pon tertinggal. yg lagi worst, ibu pulak yg kene kejutkan subuh, padahal itu adalah rutin harian kita.

Aku pernah menjadi johan utk pertandingan sembahyang jenazah. yang membanggakan adalah, aku adalah imam itu. Johan qariah semasa dalam darjah 6, johan pertandingan tulisan khat semasa dlm darjah 4, tapi apa yg nak dibanggakan lagi sbb semua tu dah lama aku tinggalkan. Tiba-tiba aku terfikir, apa nak jadi aku ni nanti?

Bila soal tudung, dulu before kahwin, aku dengan husband pernah berbincang, bercakap mengenai isu ini..Husband aku tidak pernah dan tidak akan memaksa aku untuk memakai tudung, sehingga aku benar2 dah bersedia. Even, keluarga mertua juga memberi kelonggaran, tidak akan memaksa. Biar nak pakai tudung tu betul2 ikhlas, bukan nya kerana mengikut trend or on-off.

Honestly, aku memang ada niat nak pakai tudung...bila..aku sendiri tak tau. sbb bagi aku, bila tak ikhlas memakai tudung, benda tu tak kekal..kita akan start on-off, at the end terus tak pakai tudung. then, jadi bahan umpatan orang. sebab nak cover, kita ckp kat orang sebenarnya kita tak ready lagi nak pakai tudung. entah pape kekadang tu.

Dan...dah banyak dah aku tengok member2 aku macam tu. Bermakna diorang tak bersedia lagi...Aku taknak cakap lebih2, sbb i am not perfect too. Kesilapan dan kesalahan yang pernah aku buat lebih drpd itu. Lebih drpd yang aku sangka kan.